Pertandingan yang dianjurkan pada tahun 2011 ini merupakan
pertandingan terbuka yang mana peserta perlu mereka semula / ‘re-design’ logo
persatuan falak syarie negeri melaka. Oleh itu, perkara pertama yang perlu
dikenal pasti adalah permasalahan daripada logo lama dan bagaimana serta
pendekatan yang boleh memberi penyelesaian kepada rekaan logo lama persatuan
ini.
Oleh itu, kajian terhadap logo-logo astronomi perlu untuk
mendapatkan idea visual dan warna. Kajian terhadap bentuk-bentuk atau corak
arabesque yang sememangnya dekat dengan ciri-ciri kesenian Islam juga dilakukan
bagi mendapatkan tema pada logo yang akan dibuat. Oleh itu, beberapa tema
melalui kajian dipilih iaitu khat khufi, corak arabesque dan arch / pintu
gerbang seni bina Islam.
Beberapa percambahan idea untuk dijadikan rujukan logo |
Melalui tema-tema yang telah dipilih, logo direka mengikut
kesesuaian dan ditambah dengan visual-visual astronomi untuk memudahkan
pemahaman audien kepada maksud logo (falak : astronomi) melainkan logo yang
hanya menggunakan tulisan khufi. Logo tulisan khufi ini sebaliknya tidak direka
menggunakan ayat semata-mata tetapi dibentuk dengan corak arabesque supaya
tampak lebih berpenampilan ( stylized ). Logo bertemakan Jawi khufi ini dicipta bersama dengan Cik Azni. Malah, tidak lengkap rasanya jika
logo persatuan ini tidak ditampilkan bersama dengan tulisan Jawi yang menjadi
nadi tulisan Melayu dan begitu sinonim dengan agama Islam.
Setelah itu, beberapa susunan, penggayaan dan pewarnaan juga
dilakukan bagi setiap tema logo untuk mendapatkan rekaan yang dirasakan paling
layak untuk dijadikan komprehensif.
Elemen angkasa lepas bersama pancaran matahari menjadi visual sokongan pada logo bertemakan 'arch' |
Penambahan teleskop dan warna hijau menjadi pilihan penganjur untuk dijadikan logo akhir |