Friday, 27 March 2015
Tuesday, 3 February 2015
Olahan subjek kajian menjadi rekaan logo
Post sebelum ini - http://lagi-lagilogo.blogspot.com/2012/12/nota-8-membentuk-perkembangan-logo-dari.html, ada menytakan cara-cara bagaimana untuk membentuk logo melalui subjek kajian bagi yang baru bermula untuk mengenali dunia seni reka grafik. Ia lebih kepada penilaian & pemerhatian yang mendalam terhadap subjek. Walaubagaimanapaun, terdapat 3 kaedah yang lebih spesifik untuk melihat kepelbagaian idea / kemungkinan bentuk logo yang ingin dihasilkan iaitu melalui kaedah Penggayaan (Stylize), Modifikasi/ Pengubahsuaian (Modification) dan Dimudahkan (Simplified).
1. Stylize : Ciri-ciri yang ada pada kaedah ini adalah ia melebih-lebihkan rekaan daripada bentukan asasnya. Digayakan dengan bebas dan hampir hilang ciri-ciri utama lukisan (drawing).
2. Modification : Pengubahsuaian ini mempunyai ciri yang ketara, karakteristik asas sahaja yang dikekalkan bagi mengenalpasti subjek kajian seperti rupa atau bentuk. Ia juga mempunyai ciri gabungan dengan elemen luar / elemen bentuk asas (bulat / petak etc). Contoh paling mudah adalah apabila subjek kajian dibentuk secara geometri / simetri dan diambil sebahagian sahaja daripada subjek kajian (bahagian paling dikenali untuk mewakili subjek kajian).
3. Simplified : Ia merupakan bentukan paling asas dalam memperkembangkan idea rekaan logo. Ciri-ciri subjek kajian masih ketara tanpa olahan yang melampau. Ia boleh diolah melalui unsur garisan, bentuk, rupa dan kontras.
Contoh olahan ini seperti dibawah yang mana 3 kaedah ini diwakili oleh warna bulatan. Ungu untuk 'Stylization', oren untuk 'Modification' dan hijau untuk 'Simplified'.

Thursday, 22 May 2014
Nota 16 : Apa itu tagline?
Taglien merupakan salah satu ayat penting dalam mendifinasikan sesuatu produk atau servis. Ia memberikan satu penjelasan atau gambaran kepada nama produk@servis yang direka. Nama produk/servis kadangkala tidak memberi gambaran jelas akan 'isi'nya, maka tagline ini seharusnya memberikan kata-kata yang menarik perhatian dan memberi penjelasan produk/servis. Pemilihan kata-kata atau ayat yang perlu digunakan juga perlu bersesuaian dengan audien produk/servis.
Thursday, 15 May 2014
Sunday, 11 May 2014
Pertandingan logo bersempena Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia 2015...terbuka kepada semua
Terbuka kepada semua. Tarikh Tutup 25 Mei 2014. Maklumat lanut dan borang boleh didapati di http://pertandinganlogoasean.blogspot.com/
Thursday, 8 May 2014
Animasi Malaysia tidak mengecewakan
Siapa kata Malaysia ini ketandusan pelapis-pelapis baru dalam dunia animasi. Siri-siri animasi dan filem berikut memaparkan bakat-bakat dalam ilustrasi, animasi, penerbitan, 3D & 2D dan banyak lagi untuk ditonton bersama. Ini buktinya... http://akushafuan.blogspot.com/2012/12/animasi-baru-malaysia-2012.html . Berikut merupakan beberapa contoh animasi yang kita harus tonton bersama.
Sunsastera oleh R&D Studio
Zero Hero oleh Tapir Reka Studio
Pada Zaman Dahulu oleh Les copaque
Filem World of War : Goliath. oleh Tripod Entertainment
Hasil penulisan secara online 1 : Playing with Typography
Nota bermanfaat untuk menggunakan mukahuruf dengan lebih bijak & sesuai. Klik disini untuk melihat nota : http://online.fliphtml5.com/yjzg/rfgu/#p=6
Subscribe to:
Posts (Atom)