Friday 27 March 2015

Logo hidden message...ada yang tak terfikir asal subjek logo tu....

http://viralleaf.net/10-famous-logos-that-have-a-hidden-message-1?page=5&v=i6crsyiH6wlMu1ecUQbdje3E1yBpoW0rbw9d7

Tuesday 3 February 2015

Olahan subjek kajian menjadi rekaan logo

Post sebelum ini - http://lagi-lagilogo.blogspot.com/2012/12/nota-8-membentuk-perkembangan-logo-dari.html, ada menytakan cara-cara bagaimana untuk membentuk logo melalui subjek kajian bagi yang baru bermula untuk mengenali dunia seni reka grafik. Ia lebih kepada penilaian & pemerhatian yang mendalam terhadap subjek. Walaubagaimanapaun, terdapat 3 kaedah yang lebih spesifik untuk melihat kepelbagaian idea / kemungkinan bentuk logo yang ingin dihasilkan iaitu melalui kaedah Penggayaan (Stylize), Modifikasi/ Pengubahsuaian (Modification) dan Dimudahkan (Simplified).

1. Stylize : Ciri-ciri yang ada pada kaedah ini adalah ia melebih-lebihkan rekaan daripada bentukan asasnya. Digayakan dengan bebas dan hampir hilang ciri-ciri utama lukisan (drawing).

2. Modification : Pengubahsuaian ini mempunyai ciri yang ketara, karakteristik asas sahaja yang dikekalkan bagi mengenalpasti subjek kajian seperti rupa atau bentuk. Ia juga mempunyai ciri gabungan dengan elemen luar / elemen bentuk asas (bulat / petak etc). Contoh paling mudah adalah apabila subjek kajian dibentuk secara geometri / simetri dan diambil sebahagian sahaja daripada subjek kajian (bahagian paling dikenali untuk mewakili subjek kajian).

3. Simplified : Ia merupakan bentukan paling asas dalam memperkembangkan idea rekaan logo. Ciri-ciri subjek kajian masih ketara tanpa olahan yang melampau. Ia boleh diolah melalui unsur garisan, bentuk, rupa dan kontras.

Contoh olahan ini seperti dibawah yang mana 3 kaedah ini diwakili oleh warna bulatan. Ungu untuk 'Stylization', oren untuk 'Modification' dan hijau untuk 'Simplified'.