Thursday, 31 January 2013

Nota 11 : Warna Korporat

Selain tipografi, bentuk logo dan tagline, warna merupakan komponen penting dalam membentuk identiti korporat. Pemilihan warna yang tepat adalah asas kepada pembinaan jenama yang berkesan. Ini kerana warna memberi gambaran ‘rasa’ dan hubungkaitnya dengan perkara tertentu. 

Setiap warna yang dipilih memberi impak rangsangan emosi serta mewakili sesuatu identiti.  Walaubagaimanapun, pemilihan warna juga tidak seharusnya memberi gambaran yang salah terhadap sesuatu budaya, agama mahupun sensitiviti sesuatu masyarakat ( psikologi, psisiologi & sosiologi )

Kaedah mengenalpasti warna yang sesuai untuk dijadikan warna korporat adalah seperti dibawah :

-       Apakah warna yang memberi gambaran personaliti jenama (brand personality) anda ?
-       Apakah warna yang sesuai dengan ciri-ciri produk atau servis yamg ditawarkan?
-       Apakah warna yang digunakan pesaing?

Dengan menjawab persoalan diatas, warna yang memberi personaliti tersendiri akan memberikan tanggapan yang tepat kepada yang melihat (golongan sasaran). Malah, warna yang unik dan lebih menonjol daripada pesaing adalah kekuatan sesuatu jenama itu kerana ia menjelaskan ‘perbezaan’. Malah penggunaan warna yang betul memungkinkan sesebuah jenama itu menjadi terkenal & mudah diingati / mudah dikaitkan.

Contoh warna & jenama / syarikat yang menggunakannya


Beberapa contoh penggunaan warna & jenama / syarikat yang menggunakannya beserta maksud warna

Sebelum memilh warna-warna yang tepat sebagai warna korporat dalam membentuk sistem korporat identity, perkara dibawah juga perlu diteliti sebagai ‘tips’ yang berguna :

-       Memberi gambaran mesej yang positif
-       Memberi gambaran ruang lingkup kerja
-       Boleh dan sesuai diaplikasi dalam pelbagai medium (baju korporat, sistem papan tanda.. etc)
-       Kontras dan kombinasi warna yang sesuai

Dengan beberapa kaeadah pemlilihan warna yang diterangkan diatas dan diaplikasi dengan betul, kita akan dapati pemilihan warna-warna ini seharusnya memberi impak kepada pembacaan (legibility),  eye catchy, berkesan menarik perhatian dan lebih berkesan sekiranya ia dapat dilihat walau pada waktu malam terutamanya jika ia melibatkan rekaan papan tanda dan media pemasaran.

* Warna korporat tidak semestinya menggunakan warna logo yang mana ia boleh dipilih berdasarkan kesesuaiannya aplikasinya dengan logo. Ini kerana jika logo yang menggunakan warna yang minimal tentu sukar untuk dikembangkan menjadi satu sistem identiti yang besar. Warna korporat selain daripada warna logo biasanya dipilih berdasarkan warna pada elemen grafik @ elemen sokongan (graphic element @ supporting element) sesuatu rekaan identiti. Dibawah terdapat beberapa contoh penggunaan warna korporat pada sistem korporat identiti.

Contoh perbezaan penggunaan warna korporat

Contoh penggunaan warna korporat yang menggunakan warna logo

Contoh penggunaan warna korporat yang dipilih selain daripada warna logo (cth 1 : warna logo : keemasan & cth 2 : warna logo adalah hitam sahaja )




Untuk lebih pembacaan, anda juga boleh melayari : 

Saturday, 26 January 2013

Corat-coret 14 : Logo Nike

Logo Nike merupakan antara logo yang dikenali ramai di dunia. Ia merupakan simbol kejayaan bukan sahaja kepada pemasaran produk ini malah berjaya dalam membina jenama yang kuat semenjak ia diperkenalkan. Walaupun susun atur, tipografi mengalami perubahan tetapi simbol utama kepada jenama ini tetap dikekalkan malah seperti jenama terkenal yang lain, ia kini menjadi hanya logo simbol kerana telah membina satu jenama yang kuat yang mudah dikenali ramai.


Fakta-fakta penting tentang logo Nike


Friday, 25 January 2013

Corat-coret 13 : Logo minimalis

Minimalis merupakan salah satu pendekatan di dalam membuat sesuatu rekaan yang mana rekaan direka seringkas yang mungkin namun masih mudah untuk difahami melalui visual persembahan / 'representative visual' yang digunakan. Rekaan logo yang menggunakan pendekatan minimalis kini semakin mendapat tempat kerana ia bukan sahaja mudah untuk diingat malah mudah untuk diaplikasi pada apa jua medium / 'applicable'. Dibawah terdapat beberapa contoh yang boleh dijadikan rujukan mahupun idea dalam pendekatan logo minimalis.

Beberapa contoh logo yang menggunakan pendekatan minimalis & terdapat banyak lagi jika rajin mencari ( semua hanya dihujung jari : internet) : )

Monday, 21 January 2013

Corat-coret 12 : Logo Hotel & Resort

Logo yang mewakili servis seperti hotel & resort seringkali melambankan 'kasta' atau 'bintang' sesuatu servis itu. Ia boleh dinilai sendiri oleh orang awam sebagai pemerhati. Hotel-hotel yang menawarkan pelbagai harga dan servis ini mudah untuk dinilai samada murah. pertengahan mahupun mahal hanya berdasarkan logo selain daripada keadaan hotel itu sendiri (jika ia berada didepan mata). Dibawah ini terdapat beberapa contoh logo hotel & resort yang elegen, klasik dan sebagai pemerhati kita sendiri boleh mengklasifikasikan servis yang ditawarkan.


Wednesday, 9 January 2013

Corat-coret 11 : Buku-buku logo

Webpage yang memaparkan beberapa buah buku yang perlu ada / boleh dijadikan rujukan..ada diantaranya terdapat di perpustakaan & pasaran tempatan. Kebanyakan web / blog memaparkan beberapa buku yang sama untuk cadangan pembacaan dan berbaloi untuk dimiliki....enjoy!

http://www.youthedesigner.com/2009/01/16/30-must-have-logo-books/

http://justcreative.com/2009/06/15/logo-design-books/

http://www.logocritiques.com/resources/10_great_logo_design_branding_and_identity_books/

Contoh buku-buku yang terdapat di laman-laman web diatas

Tuesday, 8 January 2013

Nota 10 : S.W.O.T analysis

'S.W.O.T analysis' ini merupakan salah satu perkara penting dalam pembentangan setelah 'field research' dilakukan. Ada 3 perkara utama / pokok dalam pembentangan ini seperti dibawah dan apa yang penting semua analisa anda hendaklah berkisar mengenai rekaan sahaja (design only). Objektif utama analisa ini adalah untuk mengenalpasti tahap kefahaman anda tentang korporat identiti & penjenamaan (branding). Oleh sebab itu, analisa hanya berkisar mengenai rekaan sahaja (bidang seni reka). Contoh-contoh bahan / material yang dikumpul seperti kad nama, kepala surat (letterhead), sampul surat, risalah hendaklah dibawa bersama selain daripada kajian berbentuk visual (gambar) yang dicetak atas saiz A3. Semua analisa ini hendaklah dibuat diatas kertas mahjung. sebarang pertanyaan, boleh letk di Fb mahupun di blog saya.TQ

3 perkara utama yang perlu ada dalam pembentangan

Wednesday, 2 January 2013

Corat-coret 10 : Tunas Ilham


Tunas Ilham merupakan nama acara yang diberikan kepada pameran diploma bagi Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Melaka. Ia merupakan pameran bagi menghargai hasil-hasil karya para pelajar tahun akhir yang bukan sahaja untuk penilaian malah untuk dipamerkan kepada orang ramai. Pameran Tunas Ilham ini telah pun dianjurkan sebanyak 10 kali setakat berakhir tahun 2012 dan tahun ini, Tunas Ilham 11 dan 12 akan meneruskan legasi pameran ini.

Antara poster-poster Tunas Ilham

Pameran Tunas Ilham ini menjadi jenama yang seringkali dikaitkan dengan FSSR yang mana ia merupakan acara yang menjadi kemestian dalam setiap semester dan menggunakan konsep yang berbeza setiap kali penganjurannya. Konsep yang dipilih merupakan idea para pelajar sendiri sambil diselia oleh para pensyarah bagi mendapatkan idea yang bersesuaian.

Antara katalog-katalog Tunas Ilham (2, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 10)
Jika berkesempatan, beberapa contoh kerja para pelajar daripada jabatan Seni Reka Grafik & Media Digital akan saya 'post'kan disini kelak.


Tuesday, 1 January 2013

Sepintas lalu : Sorotan 2012



Selamat tahun 2013! dan Alhamdullilah dunia tidak lagi musnah sepertimana yang dicanang-canang sesetengah pihak yang terlalu mempercayai kalenday kaum Maya. Ntah pe-pe ntah….walauapapun, setahun itu cepat berlalu dan usia juga semakin bertambah. Pelbagai cerita suka duka juga berlaku sepanjang setahun yang akan dikongsi disini.

Antara aktiviti yang berjaya dicapai adalah pembentangan kertas kerja di AnDIC 2012 ( Art & Design International Conference) yang telah berlangsung pada bulan April di Concorde, Shah Alam. Ia merupakan pengalaman yang amat bermakna dalam berkongsi ilmu bersama pengamal seni dan akademik. RIID (Research, Invention, Innovation & Design) Melaka 2012 juga tidak kurang menariknya, acara yang berlangsung pada bulan November ini disertai oleh pelbagai latar akademik dan latar belakang yang disertai oleh bukan sahaja pelbagai Universiti, malah pelajar sekolah juga tidak ketinggalan menunjukkan hasil kerja masing-masing. Untuk RIID Melaka 2012 ini, walaupun hanya mendapat pinat Gangsa, pengalaman pertama dalam pertandingan seumpanya adalah pengalaman yang amat bermakna.

Ketika pembentangan kajian di AnDIC 2012 dan penyertaan RIID Melaka

Dikala sibuk dengan pelbagai tugasan kerja dan kajian yang sentiasa dalam perkembangan ( fasa terakhir ), beberapa aktiviti yang dijalankan juga kadangkala memberi motivasi serta melupakan seketika kesibukan dan membersihkan sekejap otak yang serabut. Antara yang tidak dilupa adalah aktiviti lawatan / review di Kedah ( bulan Januari ) dan Terengganu (bulan September).  Tidak lupa juga aktiviti bersama ‘anak-anak’ sebagai P.A iaitu majlis berbuka puasa di Pengkalan Balak pada bulan 31 Julai.

Ketika berbuka puasa di Pengkalan Balak dan sesi review aka bercuti di Terengganu

Bukan itu sahaja, malah pelbagai aktiviti-aktiviti berbentuk sosial yang menyeronokkan terutamanya apabila ia dibuat secarai gotong royong atau melibatkan kerjasama ramai orang. Sebenarnya, pelbagai atau banyak aktiviti yang berjalan tetapi hanya beberapa yang dapat disenaraikan yang dirasakan memberikan momen yang boleh diingat selalu seperti membuat mural di Dewan Syahbandar (Mei) dan di Taska UiTM yang baharu (Nov & Dis). Penat tapi ‘enjoy’. Begitu juga dengan aktiviti dengan pelajar dan orang luar seperti pertandingan kain rentang sempena Melaka Bebas Tembakau pada 30 Jun dan hasilnya mendapat tempat ke2!!!!. Aktiviti yang lain antaranya adalah, Melukis Bersma TYT  & Kampungku Kebangganku anjuran Majlis Perbandaran Muar yang kedua-duanya berjalan pada bulan Julai, Majlis Silturahim Gradient (Sept.) dan tentunya Symptoms II pada bulan Februari. Dan untuk 2013 Symptoms 3 bakal menggegar lagi!!!!

Hasil mural di Dewan Syahbandar & Taska UiTM Melaka dan ketika di pertandingan kain rentang Melaka Bebas Asap  Rokok

Dalam pelbagai cerita, ada juga kisah sedih yang berlaku sepertimana orang lain. Dalam suka pasti ada duka, banyak juga dan tidak semua boleh dikongsi disini, huhu……antaranya kucing mati woooo!!! Da takde kucing kat rumah sekarang ni. Manakala, yang paling sedih dan akan sentiasa diingati adalah apabila berlakunya kemalangan pada 12 OKTOBER : (. Malang memang tidak berbau, dan terpaksa ‘patah kaki’ untuk beberapa minggu sebab kereta kat bengkel..mmmmm.


Meoowww yang kini sudah tiada dan keadaan kereta yang sedang 'hampeh'

Sebelum terlupa, sepanjang tahun 2012 juga, beberapa cerita tentang logo ada diketengahkan oleh media-media masa daripada yang baik mahupun yang buruk. Sebagai contoh, tahniah kepada pelajar UiTM yang memenagi pertandingan logo tahun melawat terengganu 2013 dan yang buruknya sudah tentu isu logo kemerdekaan yang ke 55. Mmmm.....



Walauapapun, moga tahun 2012 akan menjadi lebih baik! Dan kajian dapat disiapkan…caiyokkkkkk… ;)