Selamat tahun 2013! dan Alhamdullilah dunia tidak lagi
musnah sepertimana yang dicanang-canang sesetengah pihak yang terlalu
mempercayai kalenday kaum Maya. Ntah pe-pe ntah….walauapapun, setahun itu cepat
berlalu dan usia juga semakin bertambah. Pelbagai cerita suka duka juga berlaku
sepanjang setahun yang akan dikongsi disini.
Antara aktiviti yang berjaya dicapai adalah pembentangan
kertas kerja di AnDIC 2012 ( Art & Design International Conference) yang
telah berlangsung pada bulan April di Concorde, Shah Alam. Ia merupakan
pengalaman yang amat bermakna dalam berkongsi ilmu bersama pengamal seni dan
akademik. RIID (Research, Invention, Innovation & Design) Melaka 2012 juga
tidak kurang menariknya, acara yang berlangsung pada bulan November ini
disertai oleh pelbagai latar akademik dan latar belakang yang disertai oleh
bukan sahaja pelbagai Universiti, malah pelajar sekolah juga tidak ketinggalan
menunjukkan hasil kerja masing-masing. Untuk RIID Melaka 2012 ini, walaupun
hanya mendapat pinat Gangsa, pengalaman pertama dalam pertandingan seumpanya
adalah pengalaman yang amat bermakna.
Ketika pembentangan kajian di AnDIC 2012 dan penyertaan RIID Melaka |
Dikala sibuk dengan pelbagai tugasan kerja dan kajian yang
sentiasa dalam perkembangan ( fasa terakhir ), beberapa aktiviti yang
dijalankan juga kadangkala memberi motivasi serta melupakan seketika kesibukan
dan membersihkan sekejap otak yang serabut. Antara yang tidak dilupa adalah
aktiviti lawatan / review di Kedah ( bulan Januari ) dan Terengganu (bulan September). Tidak lupa juga aktiviti bersama
‘anak-anak’ sebagai P.A iaitu majlis berbuka puasa di Pengkalan Balak pada
bulan 31 Julai.
Ketika berbuka puasa di Pengkalan Balak dan sesi review aka bercuti di Terengganu |
Bukan itu sahaja, malah pelbagai aktiviti-aktiviti berbentuk
sosial yang menyeronokkan terutamanya apabila ia dibuat secarai gotong royong
atau melibatkan kerjasama ramai orang. Sebenarnya, pelbagai atau banyak
aktiviti yang berjalan tetapi hanya beberapa yang dapat disenaraikan yang
dirasakan memberikan momen yang boleh diingat selalu seperti membuat mural di
Dewan Syahbandar (Mei) dan di Taska UiTM yang baharu (Nov & Dis). Penat
tapi ‘enjoy’. Begitu juga dengan
aktiviti dengan pelajar dan orang luar seperti pertandingan kain rentang
sempena Melaka Bebas Tembakau pada 30 Jun dan hasilnya mendapat tempat ke2!!!!.
Aktiviti yang lain antaranya adalah, Melukis Bersma TYT & Kampungku Kebangganku anjuran
Majlis Perbandaran Muar yang kedua-duanya berjalan pada bulan Julai, Majlis
Silturahim Gradient (Sept.) dan tentunya Symptoms II pada bulan Februari. Dan
untuk 2013 Symptoms 3 bakal menggegar lagi!!!!
Hasil mural di Dewan Syahbandar & Taska UiTM Melaka dan ketika di pertandingan kain rentang Melaka Bebas Asap Rokok |
Dalam pelbagai cerita, ada juga kisah sedih yang berlaku
sepertimana orang lain. Dalam suka pasti ada duka, banyak juga dan tidak semua
boleh dikongsi disini, huhu……antaranya kucing mati woooo!!! Da takde kucing kat
rumah sekarang ni. Manakala, yang paling sedih dan akan sentiasa diingati
adalah apabila berlakunya kemalangan pada 12 OKTOBER : (. Malang memang tidak berbau, dan terpaksa
‘patah kaki’ untuk beberapa minggu sebab kereta kat bengkel..mmmmm.
Meoowww yang kini sudah tiada dan keadaan kereta yang sedang 'hampeh' |
Sebelum terlupa, sepanjang tahun 2012 juga, beberapa cerita tentang logo ada diketengahkan oleh media-media masa daripada yang baik mahupun yang buruk. Sebagai contoh, tahniah kepada pelajar UiTM yang memenagi pertandingan logo tahun melawat terengganu 2013 dan yang buruknya sudah tentu isu logo kemerdekaan yang ke 55. Mmmm.....
No comments:
Post a Comment