Pertandingan ini adalah bersempena naik taraf Majlis Bandar Samarahan ke Majlis Perbandaran Samarahan. Pemenang akan menerima RM 3000.00. Untuk maklumat & penyertaan, anda boleh melayari : http://www.samarahandc.sarawak.gov.my/pertandingan%20cipta%20logo%20MPKS.pdf
Pertandingan ini akan berakhir 15 Jan 2013, hantar sebelum terlewat......
Saturday, 29 December 2012
Corat - coret 9 : Logo Kedai Roti / 'Bakery'
Logo yang direka pada sekitar tahun 2005 ini adalah untuk
sebuah kedai roti / bakery. Syarikat
yang dibangunkan pada 2003 sebelum ini tidak mempunyai logo dan hanya
menggunakan nama syarikat pada kesemua bahan promosi mahupun identiti
korporatnya. Apabila mendapat tugasan ini, perkara pertama yang difikirkan
adalah konsep rekaan logo yang mana ia harus bersesuaian dengan nama syarikat
ini dan harus memberikan gambaran perkhidmatan yang
disediakan. Pada mulanya, logo direka dengan konsep yang kontemporari dan ceria tetapi apabila mula berkembang dan dipersetujui pelanggan, ia masih mengekalkan konsep yang sama tetapi dengan tone yang lebih elegen.
Perkembangan dan perubahan konsep logo dari awal hingga ke logo akhir |
Berdasarkan latar belakang syarikat, syarikat ini mendapat
nama bersempena dengan nama pemilik syarikat ini sendiri dan ditambah nilai
dengan gabungan perkataan ‘delicious’ iaitu sedap. Beberapa cadangan logo
diberikan untuk penilaian daripada jenis logotype, emblem, dan logo kombinasi.
Melalui proses ini, logo yang dipilih diperkembngkan lagi kepada beberapa
kemungkinan rekaletak, visual dan warna sebelum dipilih sekali lagi sebagai
logo akhir. Selain logo, syrarikat ini juga membuat rekaan beg plastik, identiti korporat dan sticker untuk ditampal pada pembungkusan roti.
Friday, 28 December 2012
Nota 9 : Contoh Analisis Logo
Dibawah berupa contoh bagaimana untuk menganalisa logo. Pada masa kini, rujukan rekaan logo amat mudah, capaian internet memungkinkan segala input yang ingin dicari lebih cepat. Walaubagaimanapun, rujukan yang banyak tidak menajamin logo yang bermutu sekiranya tidak dinilai dan dianalisa dengan baik. Rujukan dan analalisa logo adalah penting dalam memberi gambaran dan idea rekaan logo yang akan dibuat serta untuk mencari kelainan dengan apa yang telah ada / digunakan oleh pesaing mahupun syarikat lain.
Terdapat beberapa kriteria dalam menganalisa logo seperti penggunaan warna (colour usage), bentuk logo (shape), konsep & tema yang digunakan (Concept & theme), tipografi yang digunakan, subjek yan digunakan pada logo dan aspek formalistik. Dalam menganalisa tipografi, jenis huruf yang digunakan bukanlah ciri utama yang dicari tetapi lebih kepada bagaimana huruf yang digunakan pada logo seperti tebal atau tidak sesuatu huruf, saiz huruf, susun atur huruf dan 'legibility' iaitu boleh atau tidak perkataan sesuatu perkataan pada logo dibaca. Formalistik aspek pula biasanya menekankan kepada susun atur logo, keseimbangan logo iaitu simetri atau tidak (assymetrical), kontras warna dan tone atau mood yang ingin dismpaikan kepada audien.
Terdapat beberapa kriteria dalam menganalisa logo seperti penggunaan warna (colour usage), bentuk logo (shape), konsep & tema yang digunakan (Concept & theme), tipografi yang digunakan, subjek yan digunakan pada logo dan aspek formalistik. Dalam menganalisa tipografi, jenis huruf yang digunakan bukanlah ciri utama yang dicari tetapi lebih kepada bagaimana huruf yang digunakan pada logo seperti tebal atau tidak sesuatu huruf, saiz huruf, susun atur huruf dan 'legibility' iaitu boleh atau tidak perkataan sesuatu perkataan pada logo dibaca. Formalistik aspek pula biasanya menekankan kepada susun atur logo, keseimbangan logo iaitu simetri atau tidak (assymetrical), kontras warna dan tone atau mood yang ingin dismpaikan kepada audien.
Thursday, 27 December 2012
Nota 8 : Membentuk Perkembangan Logo Dari Subjek Kajian
Logo & subjek kajian (subject matter) adalah sesuatu
yang berkait rapat yang mana subjek akan memberikan identity serta rasional
kepada pembentukan asas logo.
Logo direka melalui perkembangan idea daripada sesuatu
subjek kajian, oleh itu dalam memperkembangkan kepelbagaian kemungkinan bentuk
logo bermula daripada beberapa kaedah iaitu pemahaman rupa (form), bentuk
(shape) dan garisan (line). Dibawah ini merupakan contoh menembangkan idea
untuk membentuk logo daripada satu subjek kajian (siput).
Jika asas pembentukan perkembangan logo diaplikasi, semua bentuk yang dikembangkan berpeluang untuk dijadikan logo akhir bergantung kepada kesesuaian / penerimaan pelanggan |
- Idea
daripada garisan subjek, seterusnya bentuk subjek dan yang akhir dibentuk
dengan tambahan bentuk segiempat iaitu salah satu bentuk asas (basic
shape)
- Idea
daripada garisan subjek termasuk garisan tekstur, seterusnya bentuk
subjek, seterusnya gabungan antara garisan dan bentuk tekstur dan yang
akhir dibentuk dengan tambahan bentuk segiempat iaitu salah satu bentuk
asas (basic shape) dan diperkembangkan lagi dengan penggayaan bentuk
segiempat itu sendiri (seolah-olah sapuan berus cat)
- Idea
daripada garisan subjek tetapi dengan garisan yang lebih natural, unsur
garisan dan bentuk tekstur, gabungan olahan unsur garisan dan bentuk
dengan bentuk asas subjek. Selepas itu barulah boleh difikirkan penggunaan
& susun atur tipografi. Malah, idea akhir ini boleh diperkembangkan
lagi dengan bermain dengan penggayaan garisan yang lebih cantik &
bersesuaian dengan konsep yang iangin diketengahkan. (Cth diatas :
Penggunaan 2 warna berlainan dengan garisan yang nampak seolah-olah alunan
air)
Ini merupakan beberapa contoh perkembangan idea, yang
penting adalah pemahaman pereka terhadap subjek kajian dan bermain dengan
sebanyak kemungkinan perkembangan idea. Cuba bayangkan perkembangan idea diatas
hanya mengambil kira 1 sudut subjek kajian, bagaimana jika ia dilihat daripada
pelbagai sudut yang berlainan? Kita akan dapati idea ini dapat diperkembangkan
dengan lebih banyak lagi…begitu juga dengan gabungan kepelbagaian bentukan asas
(basic shape)
Asas perkembangan pembentukan sesuatu logo
adalah 1. Garisan subjek, 2. Bentuk & rupa subjek, 3. Gabungan garisan
dan bentuk subjek, 4. Gabungan subjek dengan bentuk asas (basic shape seperti tiga segi, segi empat, bulat etc)
Corat-coret 8 : Hasil pertandingan logo yg WT*
Jika ada antara kita yang pernah memasuki pertandingan logo, keputusan perjurian adakalanya membuatkan pesertanya keliru. Apakah kriteria yang dipilih? Antara yang terbaru adalah pertandingan logo inovasi anjuran satu organisasi kerajaan yang mana pemenang bagi pertandingan logo ini seperti ada yang tidak kena yang mana jika dilihat secara keseluruhan, ada logo yang lebih baik untuk diangkat menjadi logo terbaik mahupun tempat kedua dan seterusnya.
Yang menjadi persoalan bukanlah rekaan logo peserta kerana latar belakang setiap pereka logo tidak diketahui (umur, latar pekerjaan, demografik etc), oleh itu hasil rekaan logo adalah berdasarkan pemerhatian serta pemahaman mereka terhadap pertandingan logo ini. Oleh itu, yang menjadi persoalan adalah perjurian....yang mana siapa mereka? dan apakah latar mereka? Inilah akan berlaku jika pemilihan logo seperti membaca karangan yang mana logo direka dengan visual setiap satu rasional, bukan representatif sesuatu perkara. Logo sepatutnya seperti tajuk karangan yang mana ia menceritakan keseluruhan cerita, bukan pengisian karangan yang dijadikan tajuk.
Tiga logo besar pada bahagian atas merupakan pemenang logo tempat pertaman hingga ketiga manakala yang dibawahnya antara rekaan logo yang dihantar oleh peserta pertandingan |
Kita boleh menilai sendiri apakah yang dimaksudkan dengan logo. Jika terlalu banyak elemen yang diketengahkan beserta dengan typografi yang merata, sudah tidak boleh diangap seperti logo, tetapi seperti susun atur grafik semata seperti yang terjadi pada logo hari kebangsaan yang ke 55.
Friday, 21 December 2012
Corat-coret 7 : logo Sukipt 2012 yg ciplak
Sukipt 2012 yang dianjurkan oleh KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) telah pun berlangsung dengan jayanya. Tetapi, apa yang diperhatikan sejak awal samada kebanyakan daripada kita sedar ataupun tidak adalah rekaan logonya yang sememangnya 'ciplak' daripada yang telah ada di alam maya (internet). Yang menjadi persoalan adalah, mengapa pihak penganjur tidak mengambil kira keaslian logo yang digunapakai untuk acara sebesar ini? atau sengaja malas hendak ambil tahu? dan siapa pula yang merekanya? Adalah memalukan acara peringkat kebangsaan ini tidak dijenamakan dengan baik dan asli. Lihat sahaja perbezaan logo dibawah ini....
Logo Sukipt yang tibak banyak beza dengan logo yang di'ciplak'nya |
Logo yang ditiru ini adalah logo rasmi untuk pembidaan Sukan Olimpik musim sejuk (Winter Olympic 2014) oleh negara Rusia, yang mana warna- warna yang digunakan adalah berasaskan unsur alam (seperti yang dibawah) dan diilhamkan daripada bulu-bulu 'firebird' (cerita dongeng tempatan negara Rusia). Ia direka oleh Transformer Studio, Moscow. Untuk lebih pembacaan, anda boleh melayari : http://www.behance.net/gallery/Sochi-2014-Winter-Olympics-Official-Logo-Bid/355269
Apa yang membezakan dua logo ini hanya penggunaan mukahuruf yang berbeza dan bentukan tekstur bulu yang tiada pada logo Sukipt.
Tuesday, 18 December 2012
Nota 7 : Logo & bentuk asas
Asas rekaan logo selain daripada pemilihan subjek adalah
bentukan asasnya. Dimana, bentukan asas ini akan menjadi panduan kepada bentuk
keseluruhan logo. Dibawah ini, ada beberapa contoh rekaan logo dan bentukan
asasnya. Bentukan paling mudah dalam pembentukan logo ini adalah bentuk bulat,
segiempat dan tiga segi. Terdapat juga bentukan logo yang organik seperti
bentuk-bentuk yang diilhamkan terus dari subjek (cth: dari alam semulajadi (cth dibawah : Residence Inn))..
Beberapa contoh logo dan bentukan asasnya |
Bentuk-bentuk asas sesuatu logo ini juga tidak semestinya direka dari satu bentuk tetapi terdapat juga daripada beberapa bentuk seperti contoh diatas. Dibawah ini pula, beberapa contoh lakaran awal bagaimana bentuk asas logo diaplikasi bersama subjek yang mana bentuk asas ini dilakar awal sebelum subjek dilukis. Contoh dibawah diambil dari Mazlan Abdullah, Aniq Syazwan Shah & Khairol Amirin.
Bentuk-bentuk asas merupakan panduan penting dalam mengembangkan kepelbagaian idea rekaletak dan bentukan logo itu sendiri.
Bentuk-bentuk asas merupakan panduan penting dalam mengembangkan kepelbagaian idea rekaletak dan bentukan logo itu sendiri.
Contoh lakaran dan logo akhir |
Subscribe to:
Posts (Atom)