Wednesday 27 February 2013

Contoh jenis-jenis papan tanda / Example of Signages System

Bagaimana ia berkaitan dengan logo? Biasanya rekaan papan tanda ini diaplikasi bersama dengan warna korporat & elemen sokongan yang berkaitan dengan identiti.




Thursday 21 February 2013

Tuesday 19 February 2013

Nota 14 : Manual korporat / Corporate Manual

Manual korporat merupakan satu buku yang menerangkan standard penggunaan identiti sesuatu institusi atau syarikat secara terperinci. Ia juga dikenalai sebagai visual identity book, brandbook, corporate manual & sebagainya. Walauapapun namanya, ia masih memberi penerangan yang serupa & penting dalam memberi konsistensi kepada penggunaan identiti-identiti sesuatu syarikat itu. Dibawah ini ada beberapa nota ringkas yang boleh dibaca untuk memberi pemahaman tentang topik ini.


Identiti sesuatu syarikat itu bukan sahaja terdiri daripada logo semata-mata, malah lebih daripada itu seperti elemen sokongan, warna dan mukahuruf. Oleh itu, dalam memberi keyakinan & keseragaman yang berterusan, manual korporat ini penting sebagai sumber rujukan kepada sesuatu syarikat itu dalam memastikan ia tidak disalahguna dan memberi lebih pemahaman kepada mereka akan kepentingan elemen-elemen ini.



Seperti contoh diatas, jika tiada penerangan terperinci mengenai penggunaan logo seperti yang dinyatakan, pasti sesuatu syarikat, vendor, pengiklan, pencetak mahupun orang ramai tidak tahu akan penggunaan logo yang betul oleh sesuatu syarkat @ institusi itu. Jika penerangan seperti ini dinyatakan, ia membolehkan pemahaman orang atau sesiapa sahaja tentang ciri-ciri atau elemen yang ada pada sesuatu syrikat / jenama / institusi itu. Contoh diatas ini merupakan salah satu ruang di dalam manual korporat yang menerangkan tentang penggunaan logo secara warna daripada gradient, warna flat & option logo yang lain serta penggunaannya secara hitam & putih sahaja. Dinyatakan juga nuka huruf yang digunapakai pada logo sebagai rujukan kelak.


Terdapat juga kes yang mana logo tidak boleh berubah sama sekali dan ada juga yang berubah kedudukan. Semua ini diterangkan secara lanjut di dalam manual korporat dibahagian acceptable & unacceptble logo usage'. Seperti contoh diatas, logo ini mempunyai 2 pilihan penggunaan yang mana pertama hanya menggunakan mukahuruf sahaja dan kaedah kedua sebagai logo kombinasi.



Elemen sokongan juga diberi perhatian di dalam manual korporat yang mana ia merupakan sebahagian daripada elemen identiti. Ia diterangkan mengenai fungsi, perletakan dan bagaimana ia berkait rapat dengan konsep / logo yang diketengahkan.


Pada dasarnya, manual korporat terdiri kepada 3 bahagian, yang pertama menerangkan serba sedikit latar belakang syarikat, kedua garis panduan logo dan yang ketiga garis panduan spesifikasi penggunan logo, elemen, mukahuruf & rekaletak pada bahan-bahan yang diaplikasi terutamanya stationery set. Contoh manual korporat yang terdiri daripada garis panduan logo pernah di post di blog ini sebagai rujukan. http://lagi-lagilogo.blogspot.com/2012/09/nota-3-logo-guidelines.html

Sunday 3 February 2013

Nota 13 : Elemen Sokongan Dalam Identiti Korporat


Sesuatu rekaan identiti direka bukan sahaja berdasarkan perletakan logo dan tagline pada media-media yang berkaitan terutamanya 'stationery set' tetapi ia lebih daripada itu. Elemen sokongan atau elemen grafik sokongan ini bagaikan isi cerita kepada sesuatu identiti korporat itu dan logo merupakan tajuk cerita yang ingin disampaikan. Ia memberi kefahaman dan bukan sekadar memberi seri kepada konsep yang ingin disampaikan kepada orang ramai. Elemen sokongan ini boleh direka melalui beberapa pendekatan iaitu :

                          1. Penggunaan logo itu sendiri
                          2. Abstrak daripada logo
                          3. Visual berkaitan dengan imej / visual logo / konsep
                          4. Penggunaan warna sahaja bagi menyatakan konsep


Dibawah ini disertakan beberapa contoh penggunaan elemen sokongan dalam memberi cerita kepada konsep yang ingin disampaikan. Sebagai contoh yang paling dekat & mudah adalah Pos Malaysia & Bank Simpanan Nasional. Kedua - dua institudi ini memilih pendekatan abstrak daripada logo sebagai elemen sokongan mereka yang mana jika dilihat secara teliti, Pos Malaysia sebagai contoh, elemen sokongan burung dan latar berbentuk 3 segi ini digunapakai secara menyeluurh di dalam sistem identiti korporat mereka. Ini boleh dilihat melalui papan tanda, poster, sistem pengangkutan (seperti contoh dibawah : van) dan sebagainya. Begitu juga dengan BSN, elemen sokongan bulat yang berwarna warni kini menjadi sesuatu penjenamaan yang berjaya & mudah dikenali yang mana ia boleh dilihat dimerata tempat, sebagai contoh, kad bank, pintu masuk, poster, dekorasi dalaman, buku akaun, mesin ATM dan juga sistem pengangkutan mereka (kereta kancil).


Contoh elemen sokongan yang ada pada sistem identiti korporat Pos Malaysia & BSN

Contoh rekaan yang hanya menggunakan logo sebagai elemen rekaan (kaedah 1)

Contoh elemen sokongan yang diabstrak daripada logo (kaedah 2)
Contoh elemen sokongan yang direka menggunakan visual / imej yang berkaitan dengan logo / konsep (kaedah 3)
Contoh elem sokongan yang direka menggunakan konsep rekaan yang ingin diketengahkan (kaedah 3)

Contoh elemen sokongan yang hanya menggunakan warna bagi mengetengahkan konsep yang ingin disampaikan (kaedah 4)


Saturday 2 February 2013

Nota 12 : Warna korporat n logo

Disini saya sertakan beberapa contoh penggunaan warna korporat dan warna logo korporat . Warna korporat logo biasanya akan menjadi warna utama pengenalan kepada sesuatu sistem identiti korporat walaubagaimanapun terdapat juga penggunaan warna kedua (secondary color / supporting color) yang menjadi sebagahian warna korporat sesuatu sistem identiti korporat (seperti contoh dibawah). Seperti nota sebelum ini, warna-warna ini dipilih berdasarkan kesesuaian sesuatu rekaan itu dengan logo mahupun servis/produk yang ditawarkan. Sekali gus ia banyak digunakan pada elemen-elemen  sokongan @ elemen grafik khusus untuk sesuatu identiti korporat. Untuk lebih kefahaman, beberapa contoh dibawah boleh dijadikan rujukan:


Contoh logo yang hanya menggunakan 2 warna tetapi mempunyai 3 warna korporat ( penggunaannya perlu dinyatakan di dalam korporat manual)

Contoh logo satu warna yang menggunakan warna kedua (secondary color) sebagai warna korporat dan ia perlu dinyatakan dimana ia digunakan ( didalam korporat manual )