Tuesday 19 February 2013

Nota 14 : Manual korporat / Corporate Manual

Manual korporat merupakan satu buku yang menerangkan standard penggunaan identiti sesuatu institusi atau syarikat secara terperinci. Ia juga dikenalai sebagai visual identity book, brandbook, corporate manual & sebagainya. Walauapapun namanya, ia masih memberi penerangan yang serupa & penting dalam memberi konsistensi kepada penggunaan identiti-identiti sesuatu syarikat itu. Dibawah ini ada beberapa nota ringkas yang boleh dibaca untuk memberi pemahaman tentang topik ini.


Identiti sesuatu syarikat itu bukan sahaja terdiri daripada logo semata-mata, malah lebih daripada itu seperti elemen sokongan, warna dan mukahuruf. Oleh itu, dalam memberi keyakinan & keseragaman yang berterusan, manual korporat ini penting sebagai sumber rujukan kepada sesuatu syarikat itu dalam memastikan ia tidak disalahguna dan memberi lebih pemahaman kepada mereka akan kepentingan elemen-elemen ini.



Seperti contoh diatas, jika tiada penerangan terperinci mengenai penggunaan logo seperti yang dinyatakan, pasti sesuatu syarikat, vendor, pengiklan, pencetak mahupun orang ramai tidak tahu akan penggunaan logo yang betul oleh sesuatu syarkat @ institusi itu. Jika penerangan seperti ini dinyatakan, ia membolehkan pemahaman orang atau sesiapa sahaja tentang ciri-ciri atau elemen yang ada pada sesuatu syrikat / jenama / institusi itu. Contoh diatas ini merupakan salah satu ruang di dalam manual korporat yang menerangkan tentang penggunaan logo secara warna daripada gradient, warna flat & option logo yang lain serta penggunaannya secara hitam & putih sahaja. Dinyatakan juga nuka huruf yang digunapakai pada logo sebagai rujukan kelak.


Terdapat juga kes yang mana logo tidak boleh berubah sama sekali dan ada juga yang berubah kedudukan. Semua ini diterangkan secara lanjut di dalam manual korporat dibahagian acceptable & unacceptble logo usage'. Seperti contoh diatas, logo ini mempunyai 2 pilihan penggunaan yang mana pertama hanya menggunakan mukahuruf sahaja dan kaedah kedua sebagai logo kombinasi.



Elemen sokongan juga diberi perhatian di dalam manual korporat yang mana ia merupakan sebahagian daripada elemen identiti. Ia diterangkan mengenai fungsi, perletakan dan bagaimana ia berkait rapat dengan konsep / logo yang diketengahkan.


Pada dasarnya, manual korporat terdiri kepada 3 bahagian, yang pertama menerangkan serba sedikit latar belakang syarikat, kedua garis panduan logo dan yang ketiga garis panduan spesifikasi penggunan logo, elemen, mukahuruf & rekaletak pada bahan-bahan yang diaplikasi terutamanya stationery set. Contoh manual korporat yang terdiri daripada garis panduan logo pernah di post di blog ini sebagai rujukan. http://lagi-lagilogo.blogspot.com/2012/09/nota-3-logo-guidelines.html

No comments:

Post a Comment