Sunday 3 February 2013

Nota 13 : Elemen Sokongan Dalam Identiti Korporat


Sesuatu rekaan identiti direka bukan sahaja berdasarkan perletakan logo dan tagline pada media-media yang berkaitan terutamanya 'stationery set' tetapi ia lebih daripada itu. Elemen sokongan atau elemen grafik sokongan ini bagaikan isi cerita kepada sesuatu identiti korporat itu dan logo merupakan tajuk cerita yang ingin disampaikan. Ia memberi kefahaman dan bukan sekadar memberi seri kepada konsep yang ingin disampaikan kepada orang ramai. Elemen sokongan ini boleh direka melalui beberapa pendekatan iaitu :

                          1. Penggunaan logo itu sendiri
                          2. Abstrak daripada logo
                          3. Visual berkaitan dengan imej / visual logo / konsep
                          4. Penggunaan warna sahaja bagi menyatakan konsep


Dibawah ini disertakan beberapa contoh penggunaan elemen sokongan dalam memberi cerita kepada konsep yang ingin disampaikan. Sebagai contoh yang paling dekat & mudah adalah Pos Malaysia & Bank Simpanan Nasional. Kedua - dua institudi ini memilih pendekatan abstrak daripada logo sebagai elemen sokongan mereka yang mana jika dilihat secara teliti, Pos Malaysia sebagai contoh, elemen sokongan burung dan latar berbentuk 3 segi ini digunapakai secara menyeluurh di dalam sistem identiti korporat mereka. Ini boleh dilihat melalui papan tanda, poster, sistem pengangkutan (seperti contoh dibawah : van) dan sebagainya. Begitu juga dengan BSN, elemen sokongan bulat yang berwarna warni kini menjadi sesuatu penjenamaan yang berjaya & mudah dikenali yang mana ia boleh dilihat dimerata tempat, sebagai contoh, kad bank, pintu masuk, poster, dekorasi dalaman, buku akaun, mesin ATM dan juga sistem pengangkutan mereka (kereta kancil).


Contoh elemen sokongan yang ada pada sistem identiti korporat Pos Malaysia & BSN

Contoh rekaan yang hanya menggunakan logo sebagai elemen rekaan (kaedah 1)

Contoh elemen sokongan yang diabstrak daripada logo (kaedah 2)
Contoh elemen sokongan yang direka menggunakan visual / imej yang berkaitan dengan logo / konsep (kaedah 3)
Contoh elem sokongan yang direka menggunakan konsep rekaan yang ingin diketengahkan (kaedah 3)

Contoh elemen sokongan yang hanya menggunakan warna bagi mengetengahkan konsep yang ingin disampaikan (kaedah 4)


No comments:

Post a Comment