Post untuk kali ini merupakan beberapa contoh pembungkusan yang dihasilkan oleh para pelajar dalam tahun 2010 / 2011...Hasil kerja mereka ini pernah dipamerkan di Pameran In The Middle di Galeri Seni UiTM Melaka pada Februari 2011. Daripada mock-up ini tersimpan dalam kotak, saya post kan disini untuk perkongsian bersama.... ; ) Antara pembungkusan ini dihasilkan oleh Nadia, Fatin, Shery, Iylia, Ogy, Fik n ramai lg...jika berkesempatan, saya akan post kn yg lain juga....
Friday, 7 June 2013
Monday, 27 May 2013
Corate-coret 16 : Tahukah anda siri buku Logo Lounge juga mempunyai Web..?
Buku rujukan contoh-contoh logo, 'Logo Lounge' merupakan antara buku popular yang menjadi rujukan para pelajar mahupun pereka grafik dalam mendapatkan ilham. Tetapi tahukah anda ia juga terdapat dalam bentuk laman web? banyak juga yang boleh dijadikan rujukan jika tidak berkesempatan untuk membelek buku-buku yang sememangnya best!
Pertandingan logo World Industrial Design Day 2013
Pertandingan mencipta logo rasmi untuk World Industrial Design Day 2013 | Malaysian Chapter. Bertujuan untuk meraikan hari Rekabentuk Industri di seluruh Malaysia yang jatuhnya pada 29 Jun 2013. Hanya 1 logo bertuah akan dipilih. Pemenang akan menerima keahlian percuma selama 1 tahun sebagai ahli Persatuan Pereka Perindustrian, Malaysia.
Pertandingan Logo Bulan Inovasi UiTM 2013
Join jangan x join...sempat lg nk hantar ; )
info lanjut sila layari : http://fita.uitm.edu.my/v1/home/bulan-inovasi-uitm-2013.html
Monday, 11 March 2013
Corat-coret 15 : Contoh-contoh 'Corporate Branding'
Penjenamaan korporat ataupun lebih dikenali sebagai 'corporate branding'. Satu terma yang digunapakai dalam membentuk suatu sistem identiti menyeluruh terhadap sesuatu organisasi, syarikat, produk dan sebagainya. Sistem identiti ini bukan sahaja merangkumi identiti korporat malah lebih daripada itu termasuk pembungkusan, sistem papan tanda, maskot, kenderaan dan banyak lagi. Disini disertakan beberapa contoh penjenamaan korporat yang boleh dijadikan rujukan...TQ
Untuk contoh Hotel Daniel ini, banyak lagi 'item' yang boleh dijadikan rujukan...sila layari http://www.brandingidentitydesign.com/hotel-daniel/ untuk meninjau pelbagai rekaan yang diaplikasi kepada pelbagai lagi bahan.
Wednesday, 27 February 2013
Contoh jenis-jenis papan tanda / Example of Signages System
Bagaimana ia berkaitan dengan logo? Biasanya rekaan papan tanda ini diaplikasi bersama dengan warna korporat & elemen sokongan yang berkaitan dengan identiti.
Thursday, 21 February 2013
Tuesday, 19 February 2013
Nota 14 : Manual korporat / Corporate Manual
Manual korporat merupakan satu buku yang menerangkan standard penggunaan identiti sesuatu institusi atau syarikat secara terperinci. Ia juga dikenalai sebagai visual identity book, brandbook, corporate manual & sebagainya. Walauapapun namanya, ia masih memberi penerangan yang serupa & penting dalam memberi konsistensi kepada penggunaan identiti-identiti sesuatu syarikat itu. Dibawah ini ada beberapa nota ringkas yang boleh dibaca untuk memberi pemahaman tentang topik ini.
Seperti contoh diatas, jika tiada penerangan terperinci mengenai penggunaan logo seperti yang dinyatakan, pasti sesuatu syarikat, vendor, pengiklan, pencetak mahupun orang ramai tidak tahu akan penggunaan logo yang betul oleh sesuatu syarkat @ institusi itu. Jika penerangan seperti ini dinyatakan, ia membolehkan pemahaman orang atau sesiapa sahaja tentang ciri-ciri atau elemen yang ada pada sesuatu syrikat / jenama / institusi itu. Contoh diatas ini merupakan salah satu ruang di dalam manual korporat yang menerangkan tentang penggunaan logo secara warna daripada gradient, warna flat & option logo yang lain serta penggunaannya secara hitam & putih sahaja. Dinyatakan juga nuka huruf yang digunapakai pada logo sebagai rujukan kelak.
Elemen sokongan juga diberi perhatian di dalam manual korporat yang mana ia merupakan sebahagian daripada elemen identiti. Ia diterangkan mengenai fungsi, perletakan dan bagaimana ia berkait rapat dengan konsep / logo yang diketengahkan.
Identiti sesuatu syarikat itu bukan sahaja terdiri daripada logo semata-mata, malah lebih daripada itu seperti elemen sokongan, warna dan mukahuruf. Oleh itu, dalam memberi keyakinan & keseragaman yang berterusan, manual korporat ini penting sebagai sumber rujukan kepada sesuatu syarikat itu dalam memastikan ia tidak disalahguna dan memberi lebih pemahaman kepada mereka akan kepentingan elemen-elemen ini.
Seperti contoh diatas, jika tiada penerangan terperinci mengenai penggunaan logo seperti yang dinyatakan, pasti sesuatu syarikat, vendor, pengiklan, pencetak mahupun orang ramai tidak tahu akan penggunaan logo yang betul oleh sesuatu syarkat @ institusi itu. Jika penerangan seperti ini dinyatakan, ia membolehkan pemahaman orang atau sesiapa sahaja tentang ciri-ciri atau elemen yang ada pada sesuatu syrikat / jenama / institusi itu. Contoh diatas ini merupakan salah satu ruang di dalam manual korporat yang menerangkan tentang penggunaan logo secara warna daripada gradient, warna flat & option logo yang lain serta penggunaannya secara hitam & putih sahaja. Dinyatakan juga nuka huruf yang digunapakai pada logo sebagai rujukan kelak.
Terdapat juga kes yang mana logo tidak boleh berubah sama sekali dan ada juga yang berubah kedudukan. Semua ini diterangkan secara lanjut di dalam manual korporat dibahagian acceptable & unacceptble logo usage'. Seperti contoh diatas, logo ini mempunyai 2 pilihan penggunaan yang mana pertama hanya menggunakan mukahuruf sahaja dan kaedah kedua sebagai logo kombinasi.
Pada dasarnya, manual korporat terdiri kepada 3 bahagian, yang pertama menerangkan serba sedikit latar belakang syarikat, kedua garis panduan logo dan yang ketiga garis panduan spesifikasi penggunan logo, elemen, mukahuruf & rekaletak pada bahan-bahan yang diaplikasi terutamanya stationery set. Contoh manual korporat yang terdiri daripada garis panduan logo pernah di post di blog ini sebagai rujukan. http://lagi-lagilogo.blogspot.com/2012/09/nota-3-logo-guidelines.html
Thursday, 14 February 2013
blog / web yg slalu difollow as references
Selain link yg ad pada blog ini, ad gk beberapa web/blog yg dijadikan references di dalam rekaan....malas nk ckp byk..rjin2 r tgk ye... ; )
http://www.2expertsdesign.com
http://www.2expertsdesign.com/design-showcase/top-37-design-blogs-to-follow
http://www.rogerhuyssen.com/
http://www.smashingmagazine.com/
http://abduzeedo.com/
http://psd.tutsplus.com/
http://www.packagingdesignarchive.org/
http://www.graphicfetish.com/
n byk lg sebenarnye...akn dipost pd next post plak t...
http://www.2expertsdesign.com
http://www.2expertsdesign.com/design-showcase/top-37-design-blogs-to-follow
http://www.rogerhuyssen.com/
http://www.smashingmagazine.com/
http://abduzeedo.com/
http://psd.tutsplus.com/
http://www.packagingdesignarchive.org/
http://www.graphicfetish.com/
n byk lg sebenarnye...akn dipost pd next post plak t...
Sunday, 3 February 2013
Nota 13 : Elemen Sokongan Dalam Identiti Korporat
1. Penggunaan logo itu sendiri
2. Abstrak daripada logo
3. Visual berkaitan dengan imej / visual logo / konsep
4. Penggunaan warna sahaja bagi menyatakan konsep
Contoh elemen sokongan yang ada pada sistem identiti korporat Pos Malaysia & BSN |
Contoh elemen sokongan yang direka menggunakan visual / imej yang berkaitan dengan logo / konsep (kaedah 3) |
Contoh elem sokongan yang direka menggunakan konsep rekaan yang ingin diketengahkan (kaedah 3) |
Contoh elemen sokongan yang hanya menggunakan warna bagi mengetengahkan konsep yang ingin disampaikan (kaedah 4) |
Saturday, 2 February 2013
Nota 12 : Warna korporat n logo
Disini saya sertakan beberapa contoh penggunaan warna korporat dan warna logo korporat . Warna korporat logo biasanya akan menjadi warna utama pengenalan kepada sesuatu sistem identiti korporat walaubagaimanapun terdapat juga penggunaan warna kedua (secondary color / supporting color) yang menjadi sebagahian warna korporat sesuatu sistem identiti korporat (seperti contoh dibawah). Seperti nota sebelum ini, warna-warna ini dipilih berdasarkan kesesuaian sesuatu rekaan itu dengan logo mahupun servis/produk yang ditawarkan. Sekali gus ia banyak digunakan pada elemen-elemen sokongan @ elemen grafik khusus untuk sesuatu identiti korporat. Untuk lebih kefahaman, beberapa contoh dibawah boleh dijadikan rujukan:
Contoh logo yang hanya menggunakan 2 warna tetapi mempunyai 3 warna korporat ( penggunaannya perlu dinyatakan di dalam korporat manual) |
Contoh logo satu warna yang menggunakan warna kedua (secondary color) sebagai warna korporat dan ia perlu dinyatakan dimana ia digunakan ( didalam korporat manual ) |
Thursday, 31 January 2013
Nota 11 : Warna Korporat
Selain tipografi, bentuk logo dan tagline, warna merupakan
komponen penting dalam membentuk identiti korporat. Pemilihan warna yang tepat adalah asas kepada pembinaan jenama yang
berkesan. Ini kerana warna memberi gambaran ‘rasa’ dan hubungkaitnya dengan perkara tertentu.
Setiap warna yang dipilih memberi impak rangsangan emosi serta
mewakili sesuatu identiti.
Walaubagaimanapun, pemilihan warna juga tidak seharusnya memberi gambaran
yang salah terhadap sesuatu budaya, agama mahupun sensitiviti sesuatu
masyarakat ( psikologi, psisiologi & sosiologi )
Kaedah mengenalpasti warna yang sesuai untuk dijadikan warna korporat adalah seperti
dibawah :
- Apakah
warna yang memberi gambaran personaliti jenama (brand personality) anda ?
- Apakah
warna yang sesuai dengan ciri-ciri produk atau servis yamg ditawarkan?
- Apakah
warna yang digunakan pesaing?
Dengan menjawab persoalan diatas, warna yang memberi
personaliti tersendiri akan memberikan tanggapan yang tepat kepada yang
melihat (golongan sasaran). Malah, warna yang unik dan lebih menonjol daripada pesaing adalah
kekuatan sesuatu jenama itu kerana ia menjelaskan ‘perbezaan’. Malah penggunaan warna yang betul memungkinkan sesebuah jenama itu menjadi terkenal & mudah diingati / mudah dikaitkan.
Beberapa contoh penggunaan warna & jenama / syarikat yang menggunakannya beserta maksud warna |
Sebelum memilh warna-warna yang tepat sebagai warna korporat
dalam membentuk sistem korporat identity, perkara dibawah juga perlu diteliti
sebagai ‘tips’ yang berguna :
- Memberi
gambaran mesej yang positif
- Memberi
gambaran ruang lingkup kerja
- Boleh
dan sesuai diaplikasi dalam pelbagai medium (baju korporat, sistem papan tanda.. etc)
- Kontras
dan kombinasi warna yang sesuai
Dengan beberapa kaeadah pemlilihan warna yang diterangkan diatas
dan diaplikasi dengan betul, kita akan dapati pemilihan warna-warna ini
seharusnya memberi impak kepada pembacaan (legibility), eye catchy, berkesan menarik perhatian dan lebih berkesan
sekiranya ia dapat dilihat walau pada waktu malam terutamanya jika ia
melibatkan rekaan papan tanda dan media pemasaran.
* Warna korporat tidak semestinya menggunakan warna logo
yang mana ia boleh dipilih berdasarkan kesesuaiannya aplikasinya dengan logo.
Ini kerana jika logo yang menggunakan warna yang minimal tentu sukar untuk dikembangkan menjadi satu sistem identiti yang besar. Warna korporat selain
daripada warna logo biasanya dipilih berdasarkan warna pada elemen grafik @
elemen sokongan (graphic element @
supporting element) sesuatu rekaan identiti. Dibawah terdapat beberapa contoh penggunaan warna korporat pada sistem korporat identiti.
Contoh perbezaan penggunaan warna korporat |
Contoh penggunaan warna korporat yang menggunakan warna logo |
Contoh penggunaan warna korporat yang dipilih selain daripada warna logo (cth 1 : warna logo : keemasan & cth 2 : warna logo adalah hitam sahaja ) |
Untuk lebih pembacaan, anda juga boleh melayari :
Saturday, 26 January 2013
Corat-coret 14 : Logo Nike
Logo Nike merupakan antara logo yang dikenali ramai di dunia. Ia merupakan simbol kejayaan bukan sahaja kepada pemasaran produk ini malah berjaya dalam membina jenama yang kuat semenjak ia diperkenalkan. Walaupun susun atur, tipografi mengalami perubahan tetapi simbol utama kepada jenama ini tetap dikekalkan malah seperti jenama terkenal yang lain, ia kini menjadi hanya logo simbol kerana telah membina satu jenama yang kuat yang mudah dikenali ramai.
Fakta-fakta penting tentang logo Nike |
Friday, 25 January 2013
Corat-coret 13 : Logo minimalis
Minimalis merupakan salah satu pendekatan di dalam membuat sesuatu rekaan yang mana rekaan direka seringkas yang mungkin namun masih mudah untuk difahami melalui visual persembahan / 'representative visual' yang digunakan. Rekaan logo yang menggunakan pendekatan minimalis kini semakin mendapat tempat kerana ia bukan sahaja mudah untuk diingat malah mudah untuk diaplikasi pada apa jua medium / 'applicable'. Dibawah terdapat beberapa contoh yang boleh dijadikan rujukan mahupun idea dalam pendekatan logo minimalis.
Beberapa contoh logo yang menggunakan pendekatan minimalis & terdapat banyak lagi jika rajin mencari ( semua hanya dihujung jari : internet) : ) |
Monday, 21 January 2013
Corat-coret 12 : Logo Hotel & Resort
Logo yang mewakili servis seperti hotel & resort seringkali melambankan 'kasta' atau 'bintang' sesuatu servis itu. Ia boleh dinilai sendiri oleh orang awam sebagai pemerhati. Hotel-hotel yang menawarkan pelbagai harga dan servis ini mudah untuk dinilai samada murah. pertengahan mahupun mahal hanya berdasarkan logo selain daripada keadaan hotel itu sendiri (jika ia berada didepan mata). Dibawah ini terdapat beberapa contoh logo hotel & resort yang elegen, klasik dan sebagai pemerhati kita sendiri boleh mengklasifikasikan servis yang ditawarkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)