Logo dewan taming sari ini digunapakai secara rasminya pada
hari perasmian Dewan Taming sari oleh Rektor UiTM Cawangan Melaka pada 28
Oktober 2011.
Logo ini hanya mengambil masa kurang seminggu sahaja untuk
disiapkan sebelum dipersetujui oleh Rektor. Mesyuarat mengenai rekaan logo ini
diadakan pada 11 Oktober 2011, dan perlu dibuat dalam masa 2 hari untuk
pembentangan. Logo ini perlu dihasilkan dalam masa kurang seminggu kerana ia akan
digunakan pada kain rentang, hiasan dewan, montaj, buku program dan sebagainya.
Selain saya, pada ketika itu, En. Riduan Salleh ada juga
mencadangkan beberapa idea untuk diketengahkan untuk dinilai. Setelah itu,
Datuk Rektor setuju untuk memilih logo yang mempunyai subjek keris yang ringkas
dan ia begitu signifikan dengan UiTM kerana logo UiTM sendiri mempunyai
perlambangan keris sebagai symbol perjuangan bangsa Melayu.
Dengan logo yang mempunyai subjek keris, idea itu
kemudiannya diperkembangkan lagi supaya tampak lebih teguh dan moden. Malah
penggunaan perkataan Jawi pada logo tampak lebih menarik untuk digunakan dan ia
perlu ditonjolkan sebagai identityi Melayu itu sendiri selain subjek keris.
Oleh itu, rujukan mengenai logo-logo moden yang ringkas dijalankan
sebelum beberapa rujukan logo yang mempunyai tema / unsur garisan menjadi
pilihan. Agak sukar pada mulanya untuk membentuk keris supaya tidak
nampak tipikal seperti yang selalu dilihat kerana dikhuatiri konsep moden pada
logo ini menghilangkan cirri-ciri bentuk keris itu sendiri. Setelah beberapa
bentukan dibuat, elemen garisan yang banyak boleh digunapakai kerana tampak
teguh untuk disertakan dengan Jawi khat khufi.
Setelah itu, bermula pula fasa untuk mempelbagaikan
rekaletak dan juga warna. Pada awalnya warna-warna yang digunapakai adalah
warna yang flat tetapi apabila membuat pembentangan dengan Rektor, warna
‘gradient’ dicadangkan untuk digunapakai supaya logo kelihatan sedikit lembut
dan tidak terlalu keras.
Jika berkesempatan, montaj perasmian logo ini akan saya masukkan dalam post seterusnya... : )
menarik encik fauzi.. ada penerapan jawi dan keris dalam satu bentuk ..
ReplyDeleteTQ : ), beselah sbb buat utk UiTM kn, kna ada elemen Melayu
Delete