Thursday, 6 September 2012

Nota 2 : kenali konsep & tema


Reka bentuk grafik adalah satu bidang yang memerlukan keupayaan untuk berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan masalah terutamanya apabila mereka logo kerana ia perlu mencerminkan & sebagai agen komunikasi sesebuah syarikat atau jenama. Ia bukan sahaja tentang keupayaan untuk berfikir, ia juga memerlukan pereka melaksanakan tugasan dengan sebaik mungkin dan menggambarkan hasil pemikiran mereka ke dalam hasil kerja. Konsep dan pelaksanaan perlu berjalan seiring dalam mewujudkan kerja-kerja reka bentuk yang berkesan dan sampai kepada golongan sasaran.

Walaubagaimanapun, konsep dan tema seringkali memberikan suatu cabaran dalam pelaksanaan sesuatu idea. Konsep & tema ini adalah sesuatu yang abstrak. Ia membantu menjadi peta perancangan (mind mapping) yang berguna sebagai panduan kepada pereka dalam rekaan. Konsep ini berasal dari idea yang kemudiannya dibangunkan untuk menyelaraskan dan menjelaskan pelbagai kemungkinan yang diterjemah dalam dari segi bentuk, warna dan rekaletak.

Dalam kata yang mudah, konsep merupakan idea penggayaan sesuatu rekaan yang ingin diketengahkan dengan pengaruh dari unsur tertentu manakala tema lebih motif atau perkara yang ingin diketengahkan yang mana ia akan mempengaruhi pemilihan subjek untuk logo. Ini semua bergantung kepada mesej yang ingin disampaikan kepada pengguna sasaran bukan sahaja kepada rekabentuk logo tetapi keseluruhannya seperti pembungkusan hingga kepada rekabentuk dalaman.

Contoh Konsep : Moden, kontemporari, klasik, traditional, urban etc
Contoh Tema : Alam semulajadi, ukiran / kerawang, hidupan laut, pembangunan, khayalan etc





Reka bentuk yang baik adalah reka bentuk yang bermula dengan idea yang cemerlang dan dibungkus dalam konsep yang baik dan ia harus mengandungi makna yang menyokong mesej. Satu reka bentuk tanpa konsep dan tema akan berakhir tanpa sokongan perancangan strategik yang komunikatif dalam penyampaian mesej.


Contoh diatas adalah logo yang mempunyai konsep yang sama iaitu vintaj tetapi mengandungi tema yang berbeza mengikut mesej yang ingin disampaikan malah ada yang menggunakan pengaruh 'constructivism' & 'art deco' (Reforger Films logo)

Contoh logo kontemporari atau dalam bahasa mudah pendekatan masa kini (up2date) dengan tema yang berbeza


Rujukan
http://www.logofury.com

No comments:

Post a Comment