Wednesday, 5 September 2012

Kenali : Logo BMW

Logo BMW adalah salah satu logo yang terkenal dengan reka bentuk yang tersendiri di dunia yang mudah dikenali, melagkaui zaman / 'sustain' dan 'sporty'. Logo ini telah dicipta dan didaftarkan sebagai paten / hakcipta pada 10 Dis 1917 tetapi hanya digunakan pada kenderaan pada tahun 1929. Jom kenali asal serta mitos mengenai logo terkenal ini...


Kipas pesawat adalah asal-usul mitos kepada logo BMW. Ramai yang mendakwa bahawa logo BMW adalah berdasarkan pada kipas kapal terbang yang berputar. Asal tafsiran ini adalah berdasarkan visual secara ilustrasi yang diketengahkan oleh majalah pesawat BMW pada tahun 1929 terutamanya apabila perniagaan BMW pada awalnya adalah mengeluarkan enjin pesawat. Syarikat ini dinamakan Bayerische Flugzeugwerke (BFw). 

Walaubagaimanapun, dakwaan ini telah disangkal sama sekali yang mana bentuk bulat logo ini dipengaruhi oleh perkara lain.Penyusunan semula syarikat ini melalui penggabungan dengan Rapp Motorenweke dan menjadi Bayerische Motoren Werke (BMW) pada tahun 1916 telah melahirkan logo BMW yang dipengaruhi bentuk 'bulat', iaitu bentuk pada logo Rapp Motorenweke dan digabungkan dengan bendera Bavarian berwarna putih dan biru. 


Selepas Perang Dunia 1 BMW berhenti untuk menghasilkan enjin pesawat mengikut Perjanjian Gencatan Senjata Versailles. Ia beralih kepada pengeluaran motosikal pada tahun 1923, dan mula pembuatan kereta pada tahun 1928 selepas pengambilalihan kilang kenderaan Eisenach.


Rujukan 
: http://www.logodesignlove.com/bmw-logo-evolution
: http://www.logoblog.org/bmw_logo.php
: http://www.logoreviews.org/bmw-logo-review

No comments:

Post a Comment