Wednesday, 5 September 2012

Nota 1 : Proses asas pembentukan logo



Design Brief / Ringkasan Tugasan

Ia merupakan helaian yang mengandungi perbincangan idea mahupun arahan yang memerlukan tindakan dariapada pereka. Memahami arahan / perbincangan mengenai apa yang diingini oleh pelanggan dan apa yang boleh dicadangkan mengikut kesesuaian adalah penting dalam membuat rekaan supaya ia dapat memenuhi kehendak pelanggan dan pada masa yang sama mencapai tujuan sesuatu logo itu iaitu ‘komunikasi’.


Research / Kajian

Kajian merupakan suatu proses yang amat penting sebelum memulakan sesuatu rekaan. Ia dilakukan bertujuan mengenalpasti permasalahan logo terdahulu (jika ada) & memahami secara menyeluruh sesuatu syarikat atau jenama itu. Melalui pemahaman atau ‘menjiwai’ syarikat kajian, pereka dapat mengenalpasti golongan sasaran, sasaran pasaran serta pesaing. Proses ini adalah penting suapaya logo yang direka kelak dapat memenuhi kriteria pengguna dan pasaran sasaran serta menggambarkan sesuatu syarikat itu. Berbeza daripada apa yang telah digunapkai oleh competitor adalah sesuatu yang perlu dititikberatkan dalam rekaan.

Kajian juga meliputi kajian logo-logo yang telah ada untuk mencari kelainan, apa yang telah dibuat, isu semasa berkaitan rekaan-rekaan logo terkini serta pendekatan-pendekatan terbaru dari segi bentuk, warna, susun atur mahupun subjek yang akan digunapakai sebagai logo. Malah Kajian berkaitan subjek yang akan digunapakai juga perlu dalam memahami anatomi subjek secara 360', tidak kira dari segi bentuk mahupun siginifikannya pada logo kelak.




Sketches / Lakaran

Proses ini adalah proses dimana curahan idea atau ‘brainstorming’ dilakukan. Kepentingan proses ini adalah untuk mencari idea awal yang berkemungkinan boleh diperkembangkan untuk dijadikan logo. Melalui lakaran awal ini, rekaan-rekaan atau idea-idea yang telah divisualkan dikenalpasti melalui keaslian, keunikan serta perbezaan untuk memboleh ia kelihatan yakin serta tersendiri tanpa pengaruh logo-logo sedia ada. Proses ini mungkin diambil remeh sesetengah pihak, namun melalui proses sebegini keaslian serta keunikan logo itu dapat dihasilkan terutamanya pereka amatur namun ia menjimatkan masa pereka ketika proses secara digital.



Development / Perkembangan

Perkembangan disini bermaksud melalui idea / logo yang telah direka secara digital, pereka perlu mempelbagaikan lagi idea melalui variasi rekaletak, warna, komposisi serta kepelbagaian muka huruf yang boleh dicadangkan pada logo. Kombinasi mukahuruf dengan bentuk logo dan kombinasi warna adalah perkara yang perlu dititikberatkan bagi manghasilkan logo yang seimbang. Pada fasa ini juga, logo yang telah siap direka dibentang untuk mendapatkan maklum balas samada positif mahupun negatif. Secara amnya, proses ini akan berulang beberapa kali bergantung kepada kehendak pelanggan melalui penambahbaikan pada rekaan. Malah, logo yang direka kadang kala memerlukan pendapat umum mahupun pendapat pengguna sasaran terhadap logo yang direka supaya pereka jelas dengan kehendak gologan sasaran dan pada masa yang sama menepati kehendak pelanggan.



Final Logo / Logo akhir


Logo akhir biasanya akan mengambil kira bagaimana ia dilihat atau diaplikasi secara hitam & putih dan mengambil kira juga skala penggunaannya sekiranya kecil mahupun besar. Ia penting dalam menjaga bentuk mahupun rekaan keseluruhan logo supaya ia tidak menjejaskan identiti sesebuah logo itu. Oleh kerana itu, 'logo guideline' dalam 'corporate manual' adalah penting sebagai panduan menjaga keseragaman logo sebagai identiti sesebuah syarikat itu terutamanya apabila pada masa kini penggunaan logo tidak hanya pada bahan cetakan malah pada media baru yang mana warna RGB yang betul diperlukan untuk penggunaan pada media baru seperti web dan aplikasi telefon bimbit.

No comments:

Post a Comment