Dalam membentangkan sesuatu rekaan logo, rasional yang
disertakan / dibentangkan adalah amat penting dalam memberi sokongan serta
penilaian sesuatu logo. Logo adalah salah satu rekaan bersifat komunikasi yang
mana setiap warna, rekaletak, bentuk, subjek serta tulisan yang digunapakai
haruslah mewakili sesuatu jenama / syarikat itu.
Seringkali logo yang direka hanya difikirkan bentuknya
sahaja walhal mengenali sesuatu jenama / syarikat itu dahulu adalah amat
penting seperti visi, misi, objektif atau tujuan sesuatu logo itu. Melalui
kajian-kajian yang mendalam dalam memahami sesuatu jenama / syarikat itu,
bentukan logo akan menjadi lebih mudah kerana pereka telah ‘faham’ dan ‘kenal’
dengan kajian kes. Melalui kajian sebegini, permasalahan dapat dikenal pasti
dengan jelas lebih-lebih lagi jika membuat rekaan semula / ‘re-design’ sesebuah
logo itu.
Dalam membuat rasional logo, ada beberapa kriteria atau
perkara yang perlu diketengahkan untuk pemahaman serta meyakinkan pihak lain.
Pada kebiasaannya, rasional logo dibahagikan kepada dua bahagian :
1)
Bahagian pertama memberi keterangan logo secara umum yang mana
pada bahagian ini, aspek formalistik, konsep, tema dan ‘tone’ yang ingin
disampaikan dijelaskan. Malah kadangkala, golongan sasaran logo juga perlu
diterangkan secara spesifik.
2)
Manakala bahagian
kedua pula dipecah-pecahkan mengikut rekaan logo seperti subjek logo,
bentuk logo dan tulisan yang digunapakai. Malah terdapat juga yang dipecahkan
mengikut warna.
* seperti contoh yang diberikan
Dalam memberi keterangan pada logo, adalah amat penting
dalam memberikan input yang jelas dan mudah difahami selain berkait rapat
dengan sesuatu jenama / syarikat itu dan apa yang penting adalah bagaimana
perbezaan logo yang direka berbanding pesaing ataupun logo yang telah sedia
ada.
Logo ini direka pada tahun 2005 untuk ‘saloon’ yang terletak di JB selain daripada ‘stationery set’ dan iklan. |
Logo ini direka pada tahun 2004 untuk pertandingan logo Pelancongan Melaka’ dan mendapat tempat kedua : ) |
No comments:
Post a Comment