Logo sememangnya berfungsi sebagai tanda pengenalan atau
identity kepada suatu produk mahupun syarikat. Ia adalah isyarat wujudnya
perbezaan antara sesuatu syarikat atau produk dengan yang lain tidak kira dari
segi bentuk, warna, mukahuruf atau subjek logo walupun sesuatu jenama atau
syarikat itu menjual / memberikan
servis yang sama.
Perbezaan ketara antara dua logo ini adalah penggunaan
perkataan atau mukahuruf yang ada pada logo yang mana jika bercakap mengenai
logo sesuatu jenama produk ia haruslah hadir dengan huruf / ‘wording’ @ nama
sesuatu jenama itu. Walaubagaimanapun, jenama yang telah dikenali ramai
seringkali hadir tanpa mukahuruf atau nama produk kerana pengguna telah dididik
melalui ikon yang mewakili sesuatu jenama itu seperti nike dan adidas.
Berbeza dengan logo syarikat, ia boleh hadir secara ikon /
symbol sahaja, mukahuruf sesuatu jenama sahaja atau kombinasi antara keduanya (
ikon dan juga mukahuruf). : Seperti contoh pada logo nestle dibawah.
Untuk lebih jelas, logo syarikat kebiasaannya lebih dikenali
sebagai logo korporat yang mana logo ini menjurus kepada operasi sesuatu
syarikat itu. Manakala logo produk pula adalah logo yang diletak pada
pembungkusan yang mewakili produk yang dijual oleh sesuatu syarikat. Bagi
syarikat-syarikat besar yang mempunyai pelbagai jenama produk, ia akan
mempunyai pelbagai jenis logo produk seperti syarikat nestle yang mengeluarkan
pelbagai jenama / produk seperti milo, Nescafe,maggi, kitkat dan sebagainya. Oleh itu,
pada kebiasaanya logo syarikat akan disertakan pada pembungkusan juga disamping
logo jenama / produk walaupun pada kadar yang lebih kecil sebagai tanda pihak
pengeluar / identity pengeluar. Dengan kata lain, logo syarikat adalah ibu
kepada logo-logo jenama /produk yang boleh dinggap sebagai anak-anak.
Oleh itu, jika dinilai dengan mata kasar, logo jenama /
produk ini lebih ‘fancy’ dengan penggunaan warna yang lebih pelbagai tidak seperti
logo sesebuah syarikat yang seperti kita tahu perlu lebih praktikal dari segi
penggunaan warna, kadar penggayaan (stylization) dan sebagainya kerana ia tidak
boleh direka untuk mewakili satu jenama / produk sahaja tetapi menyeluruh. Apa
yang penting dalam mereka logo jenama / produk ini adalah nama ia yang direka
menggunakan mukahuruf yang dapat mewakilinya sebagai satu identity dan berbeza
dengan mukahuruf-mukahuruf jenama pesaing yang lain.
Ada juga yang kadangkala keliru dengan adakah perlu ‘subject
matter’ dalam membuat logo jenama? Seperti sedia maklum, buat dahulu rujukan
logo berkaitan produk / servis yang sama untuk mengetahui aliran sesuatu logo
itu dan melaluinya, penilaian dapat dibuat dengan mudah untuk menggunakan
subjek pada sesuatu logo jenama itu mahupun tidak perlu.
No comments:
Post a Comment